»

Tuesday, February 28, 2012

How 'bout You?

Wah! Lama giler tak bukak blog nih!! Awww~ Excited semacam. Yeayy! Right now, missing all my friends badly! Oh my.

Wednesday, December 14, 2011

Zaman Dah Berubah, Dunia Dah Maju

Terdetik la pulak jiwa dan raga nak update pasal bebudak zaman sekarang.

Ha! Beruntong bebeno bebudak zaman ni kan. Kecik² lagi tuu dah ada IPHONE-IPAD-BLACKBERRY dan macam² lagi gadjet yang terhangat di pasaran. Naik bulu mate ku tengok tau. Haha. Ye lah, kalau zaman aku dulu nak beli tepon yang RM5 tuu, alaa yang tekan keypad dia siap ada bunyi tuu, belom pasti dapat lagi.

Memang benarkan?..! Zaman dah berubah, dunia dah maju. Bunyi macam je klise. Tapi kenyataan kawan! Hurmm. Mai kita buat skit perbandingan. Ye lah, zaman kanak² haku ni dulu. Alaa, stakat parit kosong yang tadak air tuu memang port lah kalau nak main dengan kengkawan. Maklumlah, naif sangat. Haha. Rasa macam nak lempang je aku masa tuu. Ha! Kalau budak sekarang nih, wah, bukan main, siap pergi vacation!. Kalo tak menghadap PS ke ape ke. Lantak aa. Takkan lah kita nak di bawah takung yang lama kan kan. Masa kecik dulu, hujung minggu saat ditunggu. Mana tak nya, Shin Chan, Doraemon, Sailormoon dan banyak ar lagi. Semua tuu hujung minggu je. Kalau sekarang, langgan Astro, ambik je pakej FUN. Tiap² hari dapat tengok. Betuah betol dorang kan~ :)

NOTE: Biar berpada! :D

Kenangan Lalu Mengusik Jiwa

Pergh!! Bau kari~ Alaa, gimik dan tak ada kaitan pun dengan entry kali ni. Haha.

Bila dah tamat zaman persekolahan menengah ni, secara tak lansung, otak mula mengimbau kembali kenangan lalu. Ni la aku nak cerciter. Semacam teruja jari jemari ni menaip!

Tadika ::
* 1999, Tadika 1
- mulai mengenal apa itu A B C
- bahasa Cina score! (tapi sekarang ni weak la pulak!)
- berambut pendek dan penuh dengan kekasaran
- beg Ultraman
- gigi dah start dah nak tercabut ni
- paling excited time kelas mewarna

* 2000, Tadika 2
- misi dan visi masih belum ditentukan
- excited giler beb apabila nak ambil photo kelas
- mula alergic pada kucing!
- gigi depanku (bahagian tengah) patah! (malu malu)
- cikgu mengajar, tapi mulut tak henti sakat orang sebelah
- pandai membaca sebab salu jugak aarr tengok iklan kari Babas

Sekolah Rendah ::
* 2001, Darjah 1
- budak tomel baru belajar
- subjek Muzik paling disuka
- belajar dan hafal lagu 'Terima Kasih Cikgu!'
- first time kena inject kat punggung
- gosok gigi ramai² kat depan longkang

* 2002, Darjah 2
- excited giler BM dapat 100%
- cikgu BM, garang (tapi rindu lah pulak)
- tak suka kelas Matematik

* 2003, Darjah 3
- daya kepimpinan diasah apabila mulai bergelar 'Penolong Ketua Tingkatan'
- asyik² kena sakat je! (menyampah aku!)
- ikut pertandingan mewarna tapi kenapa lah time tu gajahku bewarna hitam (haha!)
- story telling tak pernah miss ikut walaupun menang sekali dua

* 2004, Darjah 4
- ketinggian menampakkan perubahan
- bergelar pengawas

* 2005, Darjah 5
- akil baligh!
- aktif main bola jaring (posisi Centre ♥)
- bersukan : lontar peluru
- simpan rambut biar panjang (jeles tengok kengkawan semua rambut panjang belaka!)

* 2006, Darjah 6
- masih aktif seperti biasa
- UPSR!!
- berpisah dengan kengkawan (yang mana tak pernah nak tegur aku masa ni kecuali sorang dua je!)

Sekolah Menengah ::
* 2007, Tingkatan 1
- alaa! Apasal Matematik, Sains dalam BI ni?? Leceh la
- kena hukum rotan oleh guru disiplin, Mr Peter Wong (beliau salah sangka lah masa tu =.=")
- jumpa kawan baru ♥♥♥
- dah pandai nak straighten rambut
- melibatkan diri dalam semua bidang

* 2008, Tingkatan 2
- paling tak suka masa Matematik (mengantok!)
- duduk paling belakang kelas dan bercakap sambil makan masa cikgu mengajar
- anti betul dengan cikgu PJK yang pendek lagi perasaan tu

* 2009, Tingkatan 3
- tak pernah nak serius dalam belajar
- tak pernah ulangkaji walaupun dekat nak exam (tak pernah gagal, okay! :D)
- PMR --> WHATEVER!

* 2010, Tingkatan 4
- kaki makan dalam kelas
- buat muka tak bersalah masa first time gagal ADD MATH!
- mula melibatkan diri dalam Pesta Pantun ♥
- tak pernah lepas ikut aktiviti sekolah
- tak suka subjek Sejarah (tapi kenapa lulus je??)

* 2011, Tingkatan 5
- SPM!!
- tak nak berpisah dengan kengkawan (batch ni ku sayang!)
- melepak
- dah pandai nak ber-jamming
- suka sakat cikgu masa belajar
- ADD MATH menunjukkan peningkatan yang ketara (*wink!*)
- tournament Futsal paling disuka ♥unstoppable

Ha! Tu lah sedikit sebanyak kenangan lalu yang dipendekkan. Haha. Saya bukanlah pelajar harapan mahupun pelajar cemerlang. Tak suka moment sekolah rendah!! Benci bebeno~ Dirngkaskan cerita, saya hanya murid biasa. Nak kata famous tu, boleh lah tahan. Haha! ^oo^vV see! dah macam VAVI LA VISTA jer ku tengok. Tapi kalau korang Google memang lah takde nye namaku.

NOTE: Hanya tinggal kenangan

Saturday, October 1, 2011

Tahniah kepada Angkasawan Negara

Tahniah kepada angkasawan negara Dr. Sheikh Muzaphar Shukor dan Dr. Halina kerana mendapat new born baby girl!. Wahh~ :: SOPHEA ISABELLA 3.6KG 21 Julai 2011 ::





NOTE : Cute!

Friday, September 30, 2011

Pitcha

Memorable August! ::

                                           Star Mega Mall

                                          Tin punya pasal

                                          I love it!.

                                          Beloved friends <3

                                          Tali gitar jahat punyer crita~

                                                    Sweety Umi

                                                    Sundae!.

                                                    One of my favourite bread!.

Yuna - Decorate (OFFICIAL VIDEO)



DECORATE!. I love it so much. This is my favourite after Dan Sebenarnya by Yuna.
She's quite talented and I proud to be Malaysian =D

Friday, September 23, 2011

RINDU

Update!. Hee~ How are you bloggie?. Hurmm!. Straight to the point -->>RINDU

Now, left 53 days to SPM. Wow!. Masa berlalu dengan cepatnya. Senang crita rasa macam semalam la UPSR. And now, nak buat refresh balik childhood memories sambil tengok ulangan JAMILAH I LOVE YOU.

Well, mempunyai kumpulan kawan yang fantastik sejak dari kecil just fulfill my chilhood dream. Kecik dulu main, pecah barang, buli adik, kena buli abg abg and so on nobody ignore kan kan. Nangis bila nak susu, tido dan guruh!. Best nyer~~~ I miss my childhood friends a lot!. I wish to sit in front of them and share my stories. Hello, since I was 4 i guess, no such a barbies, car or others toy in my collection. All about running here and there, playing around near parit (time kecik dulu parit bersih tau!). That's why saya orangnya agak kasar sejak azali lagi. Huahuahua.

It have been four years kalau tak silap la tak jumpa dorang. Tengok-tengok dari jauh tu adala. Facebook?. Jangan harap. Ada FB acc pun tak guna. Ada add tapi seumpamanya lost contact. Mostly miss my really close friend-ALENI!. Baru jumpa time Pesta Pantun. But not enough time laa wei. Hay!. I MISS YOU'LL laaa. ='(

Note: Hope korang tegur apabila kita bertembung :D